Tuas adalah mesin ringkas
(simple machine) yang boleh membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah.
Tuas (lever) adalah suatu batang/bar
tegar (rigid bar) yang boleh bergerak/berputar bebas pada satu titik
tetap yang dipanggil fulkrum (fulcrum) apabila suatu daya
(effort) dikenakan keatasnya untuk mengatasi daya lain yang menentang yang
dikenali sebagai beban (load).
Tuas digunakan untuk memberikan kelebihan
mekanikal (mechanical advantage) dalam menghantar atau mengubah
(transmitting or modifying) daya dan gerakan.
Sistem tuas (lever system)
membolehkan suatu beban yang berat dipindahkan dari satu titik ke titik yang
lain dengan menggunakan daya (effort) yang minima. Ini boleh membantu
mengurangkan tenaga.
Tuas.
Tuas boleh dikelaskan kepada 3,
iaitu:
- Tuas kelas pertama (first class levers)
- Tuas kelas kedua (second class levers)
- Tuas kelas ketiga (third class levers)
Perbezaan antara kelas-kelas tuas
adalah berdasarkan kedudukan beban (load), daya (effort) dan fulkrum
(fulcrum).
Setiap kelas tuas mempunyai dua
daya, iaitu, beban (load) dan daya/usaha (effort).
Jarak diantara beban dan fulkrum
dipanggil jarak beban (distance of load, symbol: l).
Jarak diantara daya (effort) dan
fulkrum dipanggil jarak daya (distance of effort, symbol: e).